Webinar Kempen Internet Selamat : Shopping Scam — Bahaya Untuk Anda
22 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini21 Ogos 2025 – NADI Felda Sungai Lui telah menjalankan Webinar Kempen Internet Selamat berkaitan penipuan pembelian (shopping scam) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya penipuan dalam talian, khususnya penipuan pembelian (shopping scam).
Melalui program ini, peserta akan didedahkan dengan taktik-taktik yang biasa digunakan oleh scammer serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Selain itu, webinar ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat agar sentiasa berwaspada, berbelanja secara bijak, dan melindungi diri sendiri serta orang tersayang daripada ancaman jenayah siber. Program ini juga menyokong usaha dalam mempromosikan amalan keselamatan digital demi kesejahteraan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: